NOVEMBER 2022

TYT Dan Premier Sempurnakan Perasmian Wisma SABATI


KUCHING, 26 Nov 2022 : Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bersama isteri Toh Puan Hajjah Raghad Kurdi Taib hadir merasmikan Wisma SABATI yang bertempat di Jalan Bako malam ini tadi.

Turut serta hadir adalah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan isteri Premier Sarawak yang juga Presiden SABATI.

Dalam majlis yang sama juga,  Puan Sri Datuk Amar Juma'ani  juga turut memberi dan menyampaikan  sumbangan kepada 54 Pertubuhan  Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di seluruh Negeri Sarawak  Presiden SABATI turut  menyempurnakan penyerahan sumbangan berjumlah RM275,000 kepada 15 wakil penerima.

Antara yang turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Dato Sri Profesor Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bersama pasangan mereka dan dif-dif kenamaan yang lain.

Sumber dari : Sarawakku